Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قَرأ في لَيلةٍ: {فَمَنْ كَانَ يَرْجُوْا لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا}؛ كَانَ لَه نورًا مِن (أَبْيَنَ) إِلى (مكَّةَ)، حَشْوُه المَلائكَةُ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang membaca pada waktu malam firman Allah SWT: ‘Barangsiapa yang berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amalan soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadahnya dengan Tuhannya' (Al-Kahf: 110), maka baginya cahaya dari Abyan hingga ke Makkah yang mana malaikat mengerumuninya.
Sahabat Perawi
- Umar bin al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1518, hadis no. 7726. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمر بن الخطاب -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((من قرأ في ليلة: (فمن كان يرجوا لقاء ربه فليعمل عملاً صالحاً ولا يشرك بعبادة ربه أحداً) ؛ كان له نوراً من (أبين) إلى (مكة) ، حشوة الملائكة)). [البزار، ك، ((الضعيفة)) (5134).
(Lemah) Daripada Umar Bin Al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barang siapa yang membaca pada waktu malam firman Allah SWT: ‘Barang siapa yang membaca pada waktu malam firman Allah SWT: ‘Barangsiapa yang berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amalan soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadahnya dengan Tuhannya' (Al-Kahf: 110), maka baginya cahaya dari Abyan hingga ke Makkah yang mana malaikat mengerumuninya." [Riwayat al-Bazzar, dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5134].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman