TEKS BAHASA ARAB
من قال: (سبحان الله وبحمده) كتبت له مئة ألف حسنة وأربع وعشرون ألف حسنة، ومن قال: لا إله إلا الله؛ كان له بها عهد عند لله يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang membaca: Maha suci Allah dengan pujian-Nya, ditulis baginya seratus ribu kebaikan dan dua puluh empat ribu kebaikan. Barang siapa yang membaca: Tiada tuhan melainkan Allah, baginya perjanjian di sisi Allah sehingga hari kiamat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1599, hadis nombor 8072. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((من قال: (سبحان الله وبحمده) كتبت له مئة ألف حسنة وأربع وعشرون ألف حسنة، ومن قال: لا إله إلا الله، كان له بها عهد عند لله يوم القيامة)). [طب، ((الضعيفة)) (6618)].
(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang membaca: Maha suci Allah dengan pujian-Nya, ditulis baginya seratus ribu kebaikan dan dua puluh empat ribu kebaikan. Barang siapa yang membaca: Tiada tuhan melainkan Allah, baginya perjanjian di sisi Allah sehingga hari kiamat.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6618].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.