Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من قال : سبحانَ اللهِ وبحمدِه، كُتبتْ له مئةُ ألفِ حسنةٍ وأربعٌ وعشرونَ ألفِ حسنةٍ، ومن قال: لا إله إلا اللهُ، كان له بها عهدٌ عندَ اللهِ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang membaca: Maha suci Allah dengan pujian-Nya, ditulis baginya seratus ribu kebaikan dan dua puluh empat ribu kebaikan. Barang siapa yang membaca: Tiada tuhan melainkan Allah, baginya perjanjian di sisi Allah sehingga hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1599, hadis no. 8072. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((من قال: (سبحان الله وبحمده) كتبت له مئة ألف حسنة وأربع وعشرون ألف حسنة، ومن قال: لا إله إلا الله، كان له بها عهد عند لله يوم القيامة)). [طب، ((الضعيفة)) (6618)].
(Lemah) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang membaca: Maha suci Allah dengan pujian-Nya, ditulis baginya seratus ribu kebaikan dan dua puluh empat ribu kebaikan. Barang siapa yang membaca: Tiada tuhan melainkan Allah, baginya perjanjian di sisi Allah sehingga hari kiamat.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6618].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman