TEKS BAHASA ARAB
من قال حين يدخل السوق: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك، وله الحمد، يحيي ويميت، بيده الخير، وهو على كل شيء قدير، لا إله إلا الله، والله أكبر، والحمد لله، وسبحان الله، ولا حول ولا قوة إلا بالله؛ كتب الله له ألفي ألف حسنة، ومحا عنه ألفي ألف سيئة، ورفع له ألفي ألف درجة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang membaca ketika masuk ke kedai ‘Tiada Tuhan melainkan Allah yang satu tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, pada tangan-Nya (terletak) segala kebaikan, dan Dia berkuasa ke atas setiap perkara, Tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah serta Maha Suci Allah. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah’, maka Allah akan menuliskan baginya 2 000 000 kebaikan dan memadamkan daripadanya 2 000 000 kejahatan serta mengangkat darjatnya sebanyak 2 000 000 darjat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1515-1516, hadis nombor 7712. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعاً: ((من قال حين يدخل السوق: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك، وله الحمد، يحيي ويميت، بيده الخير، وهو على كل شيء قدير، لا إله إلا الله، والله أكبر، والحمد لله، وسبحان الله، ولا حول ولا قوة إلا بالله؛ كتب الله له ألفي ألف حسنة، ومحا عنه ألفي ألف سيئة، ورفع له ألفي ألف درجة)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (5171)].
(Palsu)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang membaca ketika masuk ke kedai ‘Tiada Tuhan melainkan Allah yang satu tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, pada tangan-Nya (terletak) segala kebaikan, dan Dia berkuasa ke atas setiap perkara, Tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah serta Maha Suci Allah. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah’, maka Allah akan menuliskan baginya 2 000 000 kebaikan dan memadamkan daripadanya 2 000 000 kejahatan serta mengangkat darjatnya sebanyak 2 000 000 darjat.
[Riwayat Ibn al-Sunni, Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5171].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.