Barang siapa yang membaca ketika dia bangun dari tidur dan Allah telah mengembalikan ruhnya

TEKS BAHASA ARAB

من قال حين يستيقظ وقد رد الله عليه روحه: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد بيده الخير، وهو على كل شيء قدير؛ غفرت له ذنوبه وإن كانت مثل زبد البحر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca ketika dia bangun dari tidur dan Allah telah mengembalikan ruhnya: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa tiada sekutu baginya, bagi-Nya kekuasaan dan segala pujian, padaNya sumber segala kebaikan, dan Dia berkuasa atas segala perkara’, maka akan diampunkan dosa-dosanya walaupun dosanya umpama buih-buih lautan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1598, hadis nombor 8070. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة -رضي الله عنها قالت: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((من قال حين يستيقظ وقد رد الله عليه روحه: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد بيده الخير، وهو على كل شيء قدير؛ غفرت له ذنوبه وإن كانت مثل زبد البحر)). [الحارث، ((الضعيفة)) (6729)].

(Sangat Lemah)
Daripada Aisyah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang membaca ketika dia bangun dari tidur dan Allah telah mengembalikan ruhnya: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa tiada sekutu baginya, bagi-Nya kekuasaan dan segala pujian, padaNya sumber segala kebaikan, dan Dia berkuasa atas segala perkara’, maka akan diampunkan dosa-dosanya walaupun dosanya umpama buih-buih lautan.))
[Riwayat al-Harith. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6729].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs