Barang siapa yang membaca firman Allah SWT Apabila bumi bergoncang’ (al-Zalzalah: 1) sebanyak empat kali maka seolah-olah dia telah membaca seluruh al-Quran

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ {إذا زلزت الأرض} أربع مرات؛ كان كمن قرأ القرآن كله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca, firman Allah SWT: Apabila bumi bergoncang’ (al-Zalzalah: 1) sebanyak empat kali, maka seolah-olah dia telah membaca seluruh al-Quran.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1600, hadis nombor 8077. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((من قرأ {إذا زلزت الأرض} أربع مرات؛ كان كمن قرأ القرآن كله)). [الثعالبي في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (6756)].

(Palsu)
Daripada Ali RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang membaca, firman Allah SWT: Apabila bumi bergoncang’ (al-Zalzalah: 1) sebanyak empat kali, maka seolah-olah dia telah membaca seluruh al-Quran.))
[Riwayat al-Tha’alabi dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6756].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs