Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من قرأَ { إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ } أربعَ مراتٍ كان كمن قرأَ القرآنَ كلَّهُ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang membaca, firman Allah SWT: Apabila bumi bergoncang’ (al-Zalzalah: 1) sebanyak empat kali, maka seolah-olah dia telah membaca seluruh al-Quran.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1600, hadis no. 8077. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((من قرأ {إذا زلزت الأرض} أربع مرات؛ كان كمن قرأ القرآن كله)). [الثعالبي في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (6756)].
(Palsu) Daripada Ali RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang membaca, firman Allah SWT: Apabila bumi bergoncang’ (al-Zalzalah: 1) sebanyak empat kali, maka seolah-olah dia telah membaca seluruh al-Quran.)) [Riwayat al-Tha’alabi dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6756].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman