Barang siapa yang membaca doa ini sekali setiap sehari tidak akan mati sehingga dia melihat tempatnya di dalam syurga

TEKS BAHASA ARAB

من قال كل يوم مرة: سبحان القائم الدائم، سبحان الحي القيوم، سبحان الحي الذي لا يموت، سبحان الله العظيم وبحمده، سبوح قدوس، رب الملائكة والروح، سبحان ربي العلي الأعلى، سبحانه وتعالى، لم يمت حتى يرى مكانه من الجنة، أو يرى له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berkata sekali setiap hari: ‘Maha Suci Allah yang sentiasa berdiri dengan sendirinya, Maha Suci Allah yang tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya, Maha Suci Allah Yang Hidup dan tidak akan mati, Maha Suci Allah Yang Mulia dan dengan segala pujian-Nya, Yang Disanjung, Suci, Tuhan segala malaikat dan Roh (Jibril), Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi lagi Tertinggi’, Tidak akan mati dia sehingga dia melihat tempatnya di dalam syurga atau diperlihatkan kepadanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1563, hadis nombor 7920. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس-رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قال كل يوم مرة: سبحان القائم الدائم، سبحان الحي القيوم، سبحان الحي الذي لا يموت، سبحان الله العظيم وبحمده، سبوح قدوس، رب الملائكة والروح، سبحان ربي العلي الأعلى، سبحانه وتعالى، لم يمت حتى يرى مكانه من الجنة، أو يرى له)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6293)].

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang berkata sekali setiap hari: ‘Maha Suci Allah yang sentiasa berdiri dengan sendirinya, Maha Suci Allah yang tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya, Maha Suci Allah Yang Hidup dan tidak akan mati, Maha Suci Allah Yang Mulia dan dengan segala pujian-Nya, Yang Disanjung, Suci, Tuhan segala malaikat dan Roh (Jibril), Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi lagi Tertinggi’, Tidak akan mati dia sehingga dia melihat tempatnya di dalam syurga atau diperlihatkan kepadanya. [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no.6293]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs