Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ قَرَأ آيةَ الكُرْسِيِّ فِي دُبُرِ الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ؛ كَانَ فِي ذِمَّةِ اللهِ إِلَى الصَّلَاةِ الأُخْرَى.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang membaca ayat kursi selepas solat fardhu, maka dia berada di bawah naungan Allah sehingga solat yang seterusnya.
Sahabat Perawi
- al-Hasan bin Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1517-1518, hadis no. 7722. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن بن علي مرفوعاً: ((من قرأ آية الكرسي في دبر الصلاة المكتوبة؛ كان في ذمة الله إلى الصلاة الأخرى)). [طب، ((الضعيفة)) (5135)].
(Lemah) Daripada al-Hasan Bin Ali secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barang siapa yang membaca ayat kursi selepas solat fardhu, maka dia berada di bawah naungan Allah sehingga solat yang seterusnya.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5135].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman