Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat yang fardhu, dia akan berada di dalam peliharaan Allah sehingga ke solat yang seterusnya.

Teks Bahasa Arab

من قرأ آيةَ الكرسي في دُبُر الصلاة المكتوبة؛ كان في ذمة الله إلى الصلاة الأخرى.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat yang fardhu, dia akan berada di dalam pemeliharaan Allah sehingga ke solat yang seterusnya.

Sahabat Perawi

  1. al-Hasan

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1754, hadis no. 8835. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن بن علي -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من قرأ آية الكرسي في دبر الصلاة المكتوبة؛ كان في ذمة الله إلى الصلاة الأخرى.)) [طب، ((الضعيفة)) (5135)].

(Lemah) Daripada al-Hasan bin 'Ali RA secara marfu'-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat yang fardhu, dia akan berada di dalam pemeliharaan Allah sehingga ke solat yang seterusnya.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5135].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.