Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ قَرَأَ في دُبُرِكُلِّ صَلاةٍ مَكْتُوبَةٍ آيَةَ الْكُرْسِيِّ؛ حُفِظ إِلَى الصَّلَاةِ الْأُخْرَى، وَلَا يُحَافِظُ عَلَيْهَا إِلَّا نَبِيٌّ أوْ صَدِيقٌ أَوْ شَهِيدٌ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat yang fardu, akan dipelihara sehingga ke solat yang seterusnya dan tidak ada yang mendapat perlindungan itu melainkan nabi, orang yang benar atau syahid.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1565, hadis no. 7926. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس-رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قرأ في دبركل صلاة مكتوبة آية الكرسي؛ حفظ إلى الصلاة الأخرى، ولا يحافظ عليها إلا نبي أو صديق أو شهيد)). [هب،((الضعيفة)) (6175)].
(Palsu) Daripada Anas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat yang fardu, akan dipelihara sehingga ke solat yang seterusnya dan tidak ada yang mendapat perlindungan itu melainkan nabi, orang yang benar atau syahid. [Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Kitab Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6175].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman