Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi selepas setiap solat fardu

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة مكتوبة؛ كان بمنزلة من قاتل عن أنبياء الله -عز وجل- حتى يستشهد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi selepas setiap solat fardu, maka kedudukannya seperti mereka yang berperang mempertahankan para nabi Allah ‘Azza wa Jalla sehinggalah dia syahid.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1541, hadis nombor 7827. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة مكتوبة؛ كان بمنزلة من قاتل عن أنبياء الله -عز وجل- حتى يستشهد)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (5787)]

(Palsu)
Daripada Abū Umāmah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi selepas setiap solat fardu, maka kedudukannya seperti mereka yang berperang mempertahankan para nabi Allah ‘Azza wa Jalla sehinggalah dia syahid.
[Riwayat Ibn al-Sunnī dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5787]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs