Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من قرأ آيةَ الكُرسيِّ دُبُرَ كلِّ صلاةٍ مكتوبةٍ؛ كان بمنزلةِ من قاتَل عن أنبياءِ اللهِ -عزَّ وجلَّ- حتى يُستشهَدَ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi selepas setiap solat fardu, maka kedudukannya seperti mereka yang berperang mempertahankan para nabi Allah ‘Azza wa Jalla sehinggalah dia syahid.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1541, hadis no. 7827. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي أمامة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة مكتوبة؛ كان بمنزلة من قاتل عن أنبياء الله -عز وجل- حتى يستشهد)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (5787)]
(Palsu) Daripada Abū Umāmah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi selepas setiap solat fardu, maka kedudukannya seperti mereka yang berperang mempertahankan para nabi Allah ‘Azza wa Jalla sehinggalah dia syahid. [Riwayat Ibn al-Sunnī dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5787]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman