Barang siapa yang membaca ayat 18-19 daripada Surah al-Imran akan masuk syurga

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ {شهد الله أنه لا إله إلا هو والملائكة … } إلى قوله: {إن الدين عند الله الإسلام} فقال: وأنا أشهد بما شهد الله به، استودع الله هذه الشهادة، وهي لي عند الله عهد -؛ يؤتى بصاحبها يوم القيامة، فيقول الله تعالى: عبد عهد إلي، وأنا أحق من وفى بالعهد، أدخلوا عبدي الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca:
{شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ … }
“Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, dan malaikat-malaikat…” [a'li-Imran: 18] sehingga ayat
{إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ}
“Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam” [a'li-Imran: 19].
Lalu dia berkata:
وأنا أشهد بما شهد الله به، استودع الله هذه الشهادة، وهي لي عند الله عهدٌ
"Dan aku bersaksi dengan apa yang disaksikan Allah dengannya, aku menyerahkan penyaksian ini kepada Allah dan ia menjadi perjanjianku dengan Allah",
Akan dibawa orang yang membacanya pada hari kiamat, lalu Allah akan berkata: "Hamba-Ku telah berjanji kepada-Ku dan Aku lebih berhak untuk menunaikan janji kepada orang yang berjanji. Masukkan hamba-Ku ke dalam syurga".

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1564, hadis nombor 7925. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبدالله بن مسعود-رضي الله عنه-، مرفوعا: ((من قرأ {شهد الله أنه لا إله إلا هو والملائكة … } إلى قوله: {إن الدين عند الله الإسلام} فقال: وأنا أشهد بما شهد الله به، استودع الله هذه الشهادة، وهي لي عند الله عهد -؛ يؤتى بصاحبها يوم القيامة، فيقول الله تعالى: عبد عهد إلي، وأنا أحق من وفى بالعهد، أدخلوا عبدي الجنة)). [عق،((الضعيفة)) (6239)].

(Munkar) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, secara marfu'(disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang membaca:
{شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ … }
“Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, dan malaikat-malaikat…” [a'li-Imran: 18] sehingga ayat
{إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ}
“Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam” [a'li-Imran: 19].
Lalu dia berkata:
وأنا أشهد بما شهد الله به، استودع الله هذه الشهادة، وهي لي عند الله عهدٌ
"Dan aku bersaksi dengan apa yang disaksikan Allah dengannya, aku menyerahkan penyaksian ini kepada Allah dan ia menjadi perjanjianku dengan Allah",
Akan dibawa orang yang membacanya pada hari kiamat, lalu Allah akan berkata: "Hamba-Ku telah berjanji kepada-Ku dan Aku lebih berhak untuk menunaikan janji kepada orang yang berjanji. Masukkan hamba-Ku ke dalam syurga".
[Diriwayatkan oleh al-Uqaili dalam Kitab al-Du’afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6239].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs