Barang siapa yang membaca al-Quran secara hafazan atau dengan melihat, maka dia akan diberikan satu pokok di dalam syurga

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ القرآن ظاهرا أو نظرا، أعطي شجرة في الجنة، لو أن غرابا أفرخ تحت ورقة منها، ثم أدرك ذلك الفرخ الهرم فنهض، لأدركه الهرم قبل أن يقطع تلك الورقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca al-Quran secara hafazan atau dengan melihat, maka dia akan diberikan satu pokok di dalam syurga. Dan jika seekor burung gagak bertenggek di bawah daunnya lalu ia bertelur dibawahnya, maka ketika anak burung itu hendak terbang, nescaya ia akan menjadi tua sebelum sempat ia memotong daun tersebut.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1600, hadis nombor 8079. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن الزُّبَيْرِقال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((من قرأ القرآن ظاهرا أو نظرا، أعطي شجرة في الجنة، لو أن غرابا أفرخ تحت ورقة منها، ثم أدرك ذلك الفرخ الهرم فنهض، لأدركه الهرم قبل أن يقطع تلك الورقة.)). [عق، ك، طب، الشيروي في ((العوالي))، عد، هب، ((الضعيفة)) (6542)].

(Munkar)
Daripada Abdullah bin Zubair RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang membaca al-Quran secara hafazan atau dengan melihat, maka dia akan diberikan satu pokok di dalam syurga. Dan jika seekor burung gagak bertenggek di bawah daunnya lalu ia bertelur dibawahnya, maka ketika anak burung itu hendak terbang, nescaya ia akan menjadi tua sebelum sempat ia memotong daun tersebut.))
[Riwayat al-Uqaili dalam al-Dhu’afa, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tabarani dalam al-Kabir, al-Shirawi dalam al-’Awali, Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil, dan al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6542].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs