Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قَرأ القرآنَ ظاهِرًا أو نظَرًا، أُعطِيَ شَجَرةً في الجنَّةِ، لو أنَّ غُرابًا أفرَخَ تَحتَ وَرَقةٍ منها، ثمَّ أدرَكَ ذلكَ الفَرخُ فنَهَضَ، لَأدرَكَه الهَرَمُ قبلَ أنْ يَقطَعَ تلك الوَرَقةَ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang membaca al-Quran secara hafazan atau dengan melihat, maka dia akan diberikan satu pokok di dalam syurga. Dan jika seekor burung gagak bertenggek di bawah daunnya lalu ia bertelur dibawahnya, maka ketika anak burung itu hendak terbang, nescaya ia akan menjadi tua sebelum sempat ia memotong daun tersebut.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Zubair RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1600, hadis no. 8079. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن الزُّبَيْرِقال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((من قرأ القرآن ظاهرا أو نظرا، أعطي شجرة في الجنة، لو أن غرابا أفرخ تحت ورقة منها، ثم أدرك ذلك الفرخ الهرم فنهض، لأدركه الهرم قبل أن يقطع تلك الورقة.)). [عق، ك، طب، الشيروي في ((العوالي))، عد، هب، ((الضعيفة)) (6542)].
(Munkar) Daripada Abdullah bin Zubair RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang membaca al-Quran secara hafazan atau dengan melihat, maka dia akan diberikan satu pokok di dalam syurga. Dan jika seekor burung gagak bertenggek di bawah daunnya lalu ia bertelur dibawahnya, maka ketika anak burung itu hendak terbang, nescaya ia akan menjadi tua sebelum sempat ia memotong daun tersebut.)) [Riwayat al-Uqaili dalam al-Dhu’afa, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tabarani dalam al-Kabir, al-Shirawi dalam al-’Awali, Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil, dan al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6542].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman