Barang siapa yang membaca al-Quran, maka dia telah mencapai tahap kenabian di antara dua sisinya

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ القرآن؛ فقد استدرج النبوة بين جنبيه؛ غير أنه لا يوحى إليه، لا ينبغي لصاحب القرآن أن يجد مع من وجد، ولا يجهل مع من جهل وفي جوفه كلام الله تعالى


TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca al-Quran, maka dia telah mencapai tahap kenabian di antara dua sisinya namun tanpa dia diberikan wahyu. Tidak patut bagi seorang pendamping al-Quran mendapati (marah) bersama dengan orang yang telah marah, dan tidak patut juga berlaku jahil bersama dengan orang yang jahil kerana dalam dirinya adanya kalam Allah SWT.


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1697, hadis nombor 8551. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi Al-Asma’ dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman.

Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs