Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من قرأ القرآن؛ فهو غني، لا فقر بعده، والأمانة غنى.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang membaca al-Quran maka dia adalah orang yang kaya dan tidak akan miskin selepas daripada itu, dan sifat amanah itu juga merupakan kekayaan.
Sahabat Perawi
- Hasan RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1565, hadis no. 7927. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن-رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قرأ القرآن؛ فهو غني، لا فقر بعده، والأمانة غنى)). [ص، ((الضعيفة)) (6460)].
(Lemah) Daripada al-Hasan RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang membaca al-Quran maka dia adalah orang yang kaya dan tidak akan miskin selepas daripada itu, dan sifat amanah itu juga merupakan kekayaan. [Riwayat Sa’id bin Mansur di dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Dai'fah, no.6460].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman