Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قَرأَ القُرآنَ فلمْ يُعْرِبْه، وُكِّلَ به ملَكٌ يَكتُبُ له كما أُنزِلَ؛ بكلِّ حَرفٍ عشْرُ حسَناتٍ. ومَن قَرأَه وأَعرَبَ بعضَه ولمْ يُعرِبْ بعضَه، وُكِّلَ به ملَكانِ يَكتُبانِ له كما أُنزِلَ؛ بكلِّ حَرفٍ عِشرينَ حسنةً. ومَن قَرأَه وأَعرَبه كلَّه، وُكِّلَ به أربعةُ مَلائكةٍ يَكتُبون له بكلِّ حَرفٍ سَبعين حسنةً.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang membaca al-Quran dan tidak fasih, dilantik baginya malaikat untuk menulis sepertimana diturunkan, iaitu setiap huruf sebanyak sepuluh pahala. Dan barang siapa yang membaca al-Quran dan fasih pada sebahagiannya dan tidak fasih pada sebahagiannya, akan dilantik baginya dua malaikat untuk menulis sepertimana yang diturunkan, iaitu setiap huruf sebanyak dua puluh pahala. Dan barang siapa yang membacanya dan fasih keseluruhannya, dilantik untuknya empat malaikat menulis sepertimana yang diturunkan, iaitu setiap huruf sebanyak tujuh puluh pahala.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1601, hadis no. 8081. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
ْ(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((من قرأ القرآن فلم يعربه، وُكل به ملك يكتب له كما أُنزل، بكل حرف عشر حسنات. ومن قرأه وأعرب بعضه ولم يعرب بعضه، وُكل به ملكان يكتبان له كما أنزل، كل حرف عشرين حسنة. ومن قرأه وأعربه كله، وُكل به أربعة ملائكة يكتبون له، بكل حرف سبعين حسنة). [ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الأنباري في ((إيضاح الوقف والإبتداء))، ((الضعيفة)) (6584)].
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang membaca al-Quran dan tidak fasih, dilantik baginya malaikat untuk menulis sepertimana diturunkan, iaitu setiap huruf sebanyak sepuluh pahala. Dan barang siapa yang membaca al-Quran dan fasih pada sebahagiannya dan tidak fasih pada sebahagiannya, akan dilantik baginya dua malaikat untuk menulis sepertimana yang diturunkan, iaitu setiap huruf sebanyak dua puluh pahala. Dan barang siapa yang membacanya dan fasih keseluruhannya, dilantik untuknya empat malaikat menulis sepertimana yang diturunkan, iaitu setiap huruf sebanyak tujuh puluh pahala.)) [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhua’fa, Ibn al-Anbari dalam Idhah al-Waqf wa al-Ibtida. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6584].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman