Barang siapa yang membaca al-Quran dan fasih dalam pembacaannya

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ القرآن فأعرب فيه، كانت له عند الله دعوة مستجابة، إن شاء، عجلها في الدنيا، وإن شاء، أخرها في الآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca al-Quran dan fasih dalam pembacaannya, maka baginya doa yang makbul di sisi Allah. Jika Dia kehendaki, Dia akan mempercepatkannya di dunia, dan jika Dia kehendaki, dia akan melewatkannya di akhirat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1600, hadis nombor 8080. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة رضي الله عنها- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((من قرأ القرآن فأعرب فيه، كانت له عند الله دعوة مستجابة، إن شاء، عجلها في الدنيا، وإن شاء، أخرها في الآخرة)). [عق، حل، ((الضعيفة)) (6583)].

(Munkar)
Daripada Aisyah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang membaca al-Quran dan fasih dalam pembacaannya, maka baginya doa yang maqbul di sisi Allah. Jika Dia kehendaki, Dia akan mempercepatkannya di dunia, dan jika Dia kehendaki, dia akan melewatkannya di akhirat.
[Riwayat al-Uqaili dalam al-Dhu’afa, dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6583].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs