TEKS BAHASA ARAB
من قرأ خواتيم الحشر من ليل أو نهار، فقبض في ذلك اليوم أو الليلة؛ فقد أوجب الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang membaca akhir surah al-Hasyr pada waktu malam dan siang lalu diambil nyawanya pada siang atau malam hari tersebut maka dijamin syurga baginya.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1495, hadis nombor 7625. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن أبا أمامة مرفوعاً: من قرأ خواتيم الحشر من ليل أو نهار، فقبض في ذلك اليوم أو الليلة؛ فقد أوجب الجنة. [عد، الثعلبي، خط، الرافعي، ((الضعيفة)) (4631)]
(Sangat Lemah) Daripada Abi Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang membaca akhir surah al-Hasyr pada waktu malam atau siang lalu diambil nyawanya pada siang atau malam hari tersebut maka dijamin syurga baginya. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, al-Tha’labi, al-Khatib dalam al-Tarikh, dan al-Rafi’i. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4631]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.