Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ غَسَّلَ ميتًا؛ فلْيَبْدَأْ بِعَصْرِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang memandikan mayat, maka mulalah dengan menekannya (perutnya).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1747, hadis no. 8805. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن سيرين قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((من غسل ميتاً؛ فليبدأ بعصره.)) [هق، ((الضعيفة)) (4625)].
(Sangat Lemah) Daripada Ibnu Sirin, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang memandikan mayat, maka mulalah dengan menekannya (perutnya))). [Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4625].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman