Barang siapa yang memandikan mayat lalu dia menyembunyikan keaibannya, maka Allah akan mengampunkan baginya sebanyak empat puluh dosa besar

TEKS BAHASA ARAB

من غسل ميتاً فكتم عليه؛ غفر الله له أربعين كبيرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang memandikan mayat lalu dia menyembunyikan keaibannya, maka Allah akan mengampunkan baginya sebanyak empat puluh dosa besar.

STATUS

Syaz

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1769-1770, hadis nombor 8909. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ بلفظ: “كبيرة”) عن أبي رافع -رضي الله عنه- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((من غسل ميتاً فكتم عليه؛ غفر الله له أربعين كبيرة.)) [طب، ((الضعيفة)) (6781)].

(Syaz dengan lafaz “besar”] Daripada Abu Rafi’ RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang memandikan mayat lalu dia menyembunyikan keaibannya, maka Allah akan mengampunkan baginya sebanyak empat puluh dosa besar.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6781].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs