Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أهان لي وليا فقد بارزني بالمحاربة، ما ترددت في شيء أنا فاعله ما ترددت في قبض المؤمن، يكره الموت وأكره مساءته ولابد له منه، ما تقرب عبدي بمثل أداء ما افترضته عليه، ولا يزال عبدي المؤمن يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه، ومن أحببته كنت له سمعا وبصرا ويدا ومؤيدا، دعاني فأجبته، وسألني فأعطيته، ونصح لي فنصحت له، وإن من عبادي لمن يريد الباب من العبادة فأكفر عنه لا يدخله العجب فيفسده ذلك، وإن من عبادي المؤمنين لمن لا يصلح إيمانه إلا الفقر، ولو أغنيته لأفسده ذلك، وإن من عبادي المؤمنين لمن لا يصلح إيمانه إلا الصحة، ولو أسقمته لأفسده ذلك، وإن من عبادي المؤمنين لمن لا يصلح إيمانه إلا السقم، ولو أصححته لأفسده ذلك، إني أدبر عبادي بعلمي بقلوبهم. إني عليم خبير.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang memandang rendah kepada-Ku sebagai penguasa, nescaya dia telahpun keluar memerangi-Ku. Aku tidak teragak-agak untuk melakukan apa-apa sahaja yang Aku lakukan, Aku tidak teragak-agak untuk menarik (roh) seorang mukmin, (yang) membenci kematian dan Aku juga benci berlaku buruk kepadanya dan itu perlu baginya. Tidak ada yang mendekatkan hamba-Ku (kepada-Ku) seumpama menunaikan apa yang Aku wajibkan buatnya. Hamba-Ku berterusan mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan sunat sehingga Aku menyukainya. Manakala barang siapa yang Aku suka akan dia, nescaya Aku akan menjadi pendengaran, penglihatan, tangan dan pendukung baginya. Dia berdoa kepada-Ku, maka Aku perkenankan baginya dan dia meminta kepada-Ku, maka Aku kurniakan kepadanya. Dia tulus kepada-Ku, maka Aku tulus kepadanya. Sesungguhnya juga ada antara hamba-Ku yang menghendaki pintu ibadah maka aku ampuni dia (supaya) sikap takjub tidak masuk kepadanya lalu merosakkannya. Ada juga antara hamba-Ku yang tidak elok imannya melainkan (dengan) kefakiran, sekiranya Aku menjadikannya kaya nescaya perkara itu akan merosakkannya. Ada juga antara hamba-Ku yang tidak elok imannya melainkan (dengan) kesihatan, sekiranya Aku menjadikan dia sakit nescaya perkara itu akan merosakkannya. Ada juga antara hamba-Ku yang tidak elok imannya melainkan (dengan) penyakit, sekiranya Aku menjadikan dia sihat nescaya perkara itu akan merosakkannya. Sesungguhnya Aku mengatur hamba-Ku dengan ilmu-Ku berkenaan hati-hati mereka. Sesungguhnya Aku adalah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 456-457, hadis no. 2447.
(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Malik RA, daripada Nabi ﷺ, daripada Jibril AS, daripada Tuhannya Yang Maha Berkat lagi Maha Tinggi, Dia berfirman: "Barang siapa yang memandang rendah kepada-Ku sebagai penguasa, nescaya dia telahpun keluar memerangi-Ku. Aku tidak teragak-agak untuk melakukan apa-apa sahaja yang Aku lakukan, Aku tidak teragak-agak untuk menarik (roh) seorang mukmin, (yang) membenci kematian dan Aku juga benci berlaku buruk kepadanya dan itu perlu baginya. Tidak ada yang mendekatkan hamba-Ku (kepada-Ku) seumpama menunaikan apa yang Aku wajibkan buatnya. Hamba-Ku berterusan mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan sunat sehingga Aku menyukainya. Manakala barang siapa yang Aku suka akan dia, nescaya Aku akan menjadi pendengaran, penglihatan, tangan dan pendukung baginya. Dia berdoa kepada-Ku, maka Aku perkenankan baginya dan dia meminta kepada-Ku, maka Aku kurniakan kepadanya. Dia tulus kepada-Ku, maka Aku tulus kepadanya. Sesungguhnya juga ada antara hamba-Ku yang menghendaki pintu ibadah maka aku ampuni dia (supaya) sikap takjub tidak masuk kepadanya lalu merosakkannya. Ada juga antara hamba-Ku yang tidak elok imannya melainkan (dengan) kefakiran, sekiranya Aku menjadikannya kaya nescaya perkara itu akan merosakkannya. Ada juga antara hamba-Ku yang tidak elok imannya melainkan (dengan) kesihatan, sekiranya Aku menjadikan dia sakit nescaya perkara itu akan merosakkannya. Ada juga antara hamba-Ku yang tidak elok imannya melainkan (dengan) penyakit, sekiranya Aku menjadikan dia sihat nescaya perkara itu akan merosakkannya. Sesungguhnya Aku mengatur hamba-Ku dengan ilmu-Ku berkenaan hati-hati mereka. Sesungguhnya Aku adalah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya". [Riwayat al-Bayhaqi dalam al-Asma’ wa al-Sifat, Abu Salih al-Harami dalam al-Fawa'id al-‘Awali, al-Baghawi, al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani dan al-Diya’ dalam al-Muntaqa min Masmu’atih bi Marw. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1775].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman