Barang siapa yang memakai pakaian yang baru apabila sampai ke tulang selangka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من استجد ثوباً فقال حين بلغ ترقوته: الحمد لله الذي كساني ما أواري به عورتي، وأتجمل به في حياتي، ثم عمد إلى الثوب الذي أخلق، فتصدق به؛ كان في ذمة الله، وفي جوار الله، وفي كنف الله حياً وميتاً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang memakai pakaian yang baru apabila sampai ke tulang selangka dia menyebutkan: “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian kepadaku yang dengannya aku menutup auratku dan dengannya juga aku memperindahkan hidupku." Kemudian dia mengambil baju yang lama itu lalu dia bersedekah dengannya maka dia berada di dalam penjagaan Allah serta berada berhampiran dengan Allah dan sentiasa berada di dalam perlindungan Allah sama ada dalam keadaan hidup atau mati.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1493-1494, hadis nombor 7614. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر بن الخطاب مرفوعاً: من استجد ثوباً فقال حين بلغ ترقوته: الحمد لله الذي كساني ما أواري به عورتي، وأتجمل به في حياتي، ثم عمد إلى الثوب الذي أخلق، فتصدق به؛ كان في ذمة الله، وفي جوار الله، وفي كنف الله حياً وميتاً. [حم، ابن النقور في ((الجزء الأول من الفوائد))، ((الضعيفة)) (4542)]

(Lemah) Daripada Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang memakai pakaian yang baru apabila sampai ke tulang selangka dia menyebutkan: “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian kepadaku yang dengannya aku menutup auratku dan dengannya juga aku memperindahkan hidupku." Kemudian dia mengambil baju yang lama itu lalu dia bersedekah dengannya maka dia berada di dalam penjagaan Allah serta berada berhampiran dengan Allah dan sentiasa berada di dalam perlindungan Allah sama ada dalam keadaan hidup atau mati. [Musnad Ahmad, Ibn al-Naqur dalam juzuk pertama daripada al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4542]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.