Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنِ اسْتَجَدَّ ثَوْبًا فَلَبِسَهُ فَقَالَ حِينَ يَبْلُغُ تَرْقُوَتَهُ: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي كَسَانِي مَا أُوَارِي بِهِ عَوْرَتِي، وَأَتَجَمَّلُ بِهِ فِي حَيَاتِي ثُمَّ عَمَدَ إِلَى الثَّوْبِ الَّذِي خَلُقَ أَوْ: أَلْقَى فَتَصَدَّقَ بِهِ، كَانَ فِي ذِمَّةِ اللَّهِ، وَفِي جِوَارِ اللَّهِ، وَفِي كَنَفِ اللَّهِ حَيًّا وَمَيِّتًا.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang memakai pakaian yang baru apabila sampai ke tulang selangka dia menyebutkan: “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian kepadaku yang dengannya aku menutup auratku dan dengannya juga aku memperindahkan hidupku." Kemudian dia mengambil baju yang lama itu lalu dia bersedekah dengannya maka dia berada di dalam penjagaan Allah serta berada berhampiran dengan Allah dan sentiasa berada di dalam perlindungan Allah sama ada dalam keadaan hidup atau mati.
Sahabat Perawi
- Umar bin al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1493-1494, hadis no. 7614. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمر بن الخطاب مرفوعاً: من استجد ثوباً فقال حين بلغ ترقوته: الحمد لله الذي كساني ما أواري به عورتي، وأتجمل به في حياتي، ثم عمد إلى الثوب الذي أخلق، فتصدق به؛ كان في ذمة الله، وفي جوار الله، وفي كنف الله حياً وميتاً. [حم، ابن النقور في ((الجزء الأول من الفوائد))، ((الضعيفة)) (4542)]
(Lemah) Daripada Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang memakai pakaian yang baru apabila sampai ke tulang selangka dia menyebutkan: “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian kepadaku yang dengannya aku menutup auratku dan dengannya juga aku memperindahkan hidupku." Kemudian dia mengambil baju yang lama itu lalu dia bersedekah dengannya maka dia berada di dalam penjagaan Allah serta berada berhampiran dengan Allah dan sentiasa berada di dalam perlindungan Allah sama ada dalam keadaan hidup atau mati. [Musnad Ahmad, Ibn al-Naqur dalam juzuk pertama daripada al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4542]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman