Barang siapa yang memakai pakaian daripada kulit haiwan, memakai selipar yang dibaiki, menunggang keldainya, memerah susu kambingnya, dan makan bersama keluarganya maka Allah akan menjauhkannya daripada sifat sombong

TEKS BAHASA ARAB

من لبس الصوف، وانتعل المخصوف، وركب حماره، وحلب شاته، وأكل مع عياله، فقد نحى الله عنه الكبر .2 – أنا عبد ابن عبد، أجلس كجلسة العبد، وآكل أكلة العبد. 3 – وذلك أن النبي لم يطرق طعاما قط، إلا وهو حاب على ركبتيه. 4 – إن الله عز وجل قد أوحى إلي: أن تواضعوا، ولا يبغي أحد على أحد. 5 – إن يد الله مبسوطة على خلقه، فمن رفع نفسه؛ وضعه الله عز وجل، ومن وضع نفسه؛ رفعه الله عز وجل. 6 – ولا يمشي امرؤ على الأرض يبغي بها سلطان الله عز وجل إلا أكبه الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang memakai pakaian daripada kulit haiwan, memakai selipar yang dibaiki, menunggang keldainya, memerah susu kambingnya, dan makan bersama keluarganya maka Allah akan menjauhkannya daripada sifat takabur (membesarkan diri). Kedua: Aku adalah hamba anak kepada hamba, aku duduk seperti duduknya seorang hamba dan aku memakan makanan seorang hamba. Ketiga: Dan Nabi SAW tidak pernah menjamah makanan melainkan baginda melutut di atas dua lutut baginda. Keempat: Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar: Kamu merendah diri dan janganlah salah seorang daripada kamu melampaui batas/menganiaya seseorang yang lain. Kelima: Sesungguhnya tangan Allah terbentang ke atas makhluk-Nya (rezeki dan rahmatNya melimpah ruah), maka barang siapa yang mengangkat dirinya (sombong) nescaya Allah akan merendahkannya dan barang siapa yang merendah diri nescaya Allah akan mengangkat darjatnya. Keenam: Janganlah seseorang itu berjalan di atas bumi melampaui kekuasaan Allah; melainkan Allah akan menghinanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1635, hadis nombor 8267. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا – أو موضوع- بهذا السياق والتمام) عن عبدالله بن عمر – رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: ((مَنْ لَبِسَ الصُّوفَ، وانْتَعَلَ المخصُوفَ، ورَكِبَ حِمَارَهُ، وحَلَبَ شاتَهُ، وأكلَ مع عِيالِه، فَقَدْ نَحّى اللهُ عنه الكِبْرَ. 2 – أنا عبدٌ ابنُ عبدٍ، أَجْلِسُ كَجَلْسَةِ العَبْدِ، وآكلُ أكلةَ العبدِ. 3 – وذلك أنَّ النبي لم يَطْرُقْ طعاماً قط، إلا وهو حابٍ على ركبتيهِ. 4 – إنَّ الله عز وجل قَدْ أوحى إليَّ: أَنْ تواضَعُوا، ولا يَبْغِي أَحَدٌ على أحدٍ. 5 – إنَّ يدَ الله مَبْسُوطَةٌ على خَلْقِهِ، فَمَنْ رفعَ نَفْسَهُ؛ وَضَعَهُ اللهُ عز وجل، ومَنْ وَضَعَ نَفْسَهُ؛ رفعَهُ الله عز وجل. 6 – ولا يمشي امرؤٌ على الأرضِ يَبْغِي بها سُلْطَانَ اللهِ عز وجل إلا أَكَبَّهُ اللهُ عز وجل)). [ابن السكن بن جميع في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (5697)]

(Sangat Lemah atau Palsu dengan riwayat ini dan keseluruhannya)
Daripada Abdullah bin Umar RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang memakai pakaian daripada kulit haiwan, memakai selipar yang dibaiki, menunggang keldainya, memerah susu kambingnya, dan makan bersama keluarganya maka Allah akan menjauhkannya daripada sifat takabur (membesarkan diri). Kedua: Aku adalah hamba anak kepada hamba, aku duduk seperti duduknya seorang hamba dan aku memakan makanan seorang hamba. Ketiga: Dan Nabi SAW tidak pernah menjamah makanan melainkan baginda melutut di atas dua lutut baginda. Keempat: Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar: Kamu merendah diri dan janganlah salah seorang daripada kamu melampaui batas/menganiaya seseorang yang lain. Kelima: Sesungguhnya tangan Allah terbentang ke atas makhluk-Nya (rezeki dan rahmatNya melimpah ruah), maka barang siapa yang mengangkat dirinya (sombong) nescaya Allah akan merendahkannya dan barang siapa yang merendah diri nescaya Allah akan mengangkat darjatnya. Keenam: Janganlah seseorang itu berjalan di atas bumi melampaui kekuasaan Allah; melainkan Allah akan menghinanya.))
[Riwayat Ibn al-Sakan bin Jami’ dalam hadisnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5697]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs