Sangat lemah atau palsu dengan konteks dan sempurna begini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ لَبِسَ الصُّوفَ، وانْتَعَلَ المخصُوفَ، ورَكِبَ حِمَارَهُ، وحَلَبَ شاتَهُ، وأكلَ مع عِيالِه، فَقَدْ نَحّى اللهُ عنه الكِبْرَ. 2- أنا عبدٌ ابنُ عبدٍ، أَجْلِسُ كَجَلْسَةِ العَبْدِ، وآكلُ أكلةَ العبدِ. 3- وذلك أنَّ النبي ﷺ لم يَطْرُقْ طعاماً قط، إلا وهو حابٍ على ركبتيهِ. 4- إنَّ الله - عز وجل - قَدْ أوحى إليَّ: أَنْ تواضَعُوا، ولا يَبْغِي أَحَدٌ على أحدٍ. 5- إنَّ يدَ الله مَبْسُوطَةٌ على خَلْقِهِ، فَمَنْ رفعَ نَفْسَهُ؛ وَضَعَهُ اللهُ - عز وجل -، ومَنْ وَضَعَ نَفْسَهُ؛ رفعَهُ الله - عز وجل -. 6- ولا يمشي امرؤٌ على الأرضِ يَبْغِي بها سُلْطَانَ اللهِ - عز وجل - إلا أَكَبَّهُ اللهُ - عز وجل -.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang memakai pakaian bulu, memakai selipar yang bertampal, menunggang keldainya, memerah susu kambingnya dan makan bersama keluarganya, nescaya Allah akan menjauhkannya daripada sifat sombong. 2- Aku ialah seorang hamba anak kepada seorang hamba, aku duduk seperti duduknya seorang hamba dan aku makan seperti makannya seorang hamba. 3- Demikian kerana Nabi ﷺ tidak pernah menghadiri makanan melainkan dalam keadaan Baginda duduk berlutut di atas kedua-dua lututnya. 4- Sesungguhnya Allah Azzawajalla telah mewahyukan kepadaku: Hendaklah kalian sentiasa merendah diri dan janganlah salah seorang kalian melampaui batasa kepada sesiapa pun. 5- Sesungguhnya tangan Allah itu sentiasa terbuka buat ciptaan-Nya. Barang siapa yang meninggikan dirinya, nescaya Allah Azzawajalla akan merendahkannya dan barang siapa yang bersikap rendah diri maka Allah Azzawajalla akan meninggikannya. 6- Tidak ada orang yang berjalan di atas muka bumi dengan bersikap melampaui batas kepada kekuasaan Allah, melainkan Allah Azzawajalla akan menghinanya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah atau palsu dengan konteks dan sempurna begini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 423-424, hadis no. 2282. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا - أو موضوع - بهذا السياق والتمام) عن عبد الله ابن عمر - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: «من لبس الصوف، وانتعل المخصوف، وركب حماره، وحلب شاته، وأكل مع عياله، فقد نحى الله عنه الكبر. 2- أنا عبد ابن عبد، أجلس كجلسة العبد، وآكل أكلة العبد. 3- وذلك أن النبي ﷺ لم يطرق طعاما قط، إلا وهو حاب على ركبتيه. 4- إن الله - عز وجل - قد أوحى إلي: أن تواضعوا، ولا يبغي أحد على أحد. 5- إن يد الله مبسوطة على خلقه، فمن رفع نفسه؛ وضعه الله - عز وجل -، ومن وضع نفسه؛ رفعه الله - عز وجل -. 6- ولا يمشي امرؤ على الأرض يبغي بها سلطان الله - عز وجل - إلا أكبه الله - عز وجل -». [السكن ابن جميع في «حديثه»، «الضعيفة» (5697)].
(Sangat Lemah – atau Palsu – dengan Konteks dan Sempurna Begini) Daripada Abdullah bin ‘Umar RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Barang siapa yang memakai pakaian bulu, memakai selipar yang bertampal, menunggang keldainya, memerah susu kambingnya dan makan bersama keluarganya, nescaya Allah akan menjauhkannya daripada sifat sombong. 2- Aku ialah seorang hamba anak kepada seorang hamba, aku duduk seperti duduknya seorang hamba dan aku makan seperti makannya seorang hamba. 3- Demikian kerana Nabi ﷺ tidak pernah menghadiri makanan melainkan dalam keadaan Baginda duduk berlutut di atas kedua-dua lututnya. 4- Sesungguhnya Allah Azzawajalla telah mewahyukan kepadaku: Hendaklah kalian sentiasa merendah diri dan janganlah salah seorang kalian melampaui batas kepada sesiapa pun. 5- Sesungguhnya tangan Allah itu sentiasa terbuka buat ciptaan-Nya. Barang siapa yang meninggikan dirinya, nescaya Allah Azzawajalla akan merendahkannya dan barang siapa yang bersikap rendah diri maka Allah Azzawajalla akan meninggikannya. 6- Tidak ada orang yang berjalan di atas muka bumi dengan bersikap melampaui batas kepada kekuasaan Allah, melainkan Allah Azzawajalla akan menghinanya. [Riwayat al-Sakan Ibn Jumay’ dalam Hadithnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5697].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman