TEKS BAHASA ARAB
من لبس الصوف ليعرفه الناس، كان حقا على الله عز وجل أن يكسوه ثوبا من جرب حتى تتساقط عروقه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barangsiapa yang memakai baju yang diperbuat daripada bulu biri-biri agar orang ramai mengenalinya, maka patutlah Allah s.w.t pakaikannya baju yang diperbuat daripada kurap sehingga luruh bersirat bebenang urat-uratnya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1649, hadis nombor 8335. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((من لبس الصوف ليعرفه الناس؛ كان حقاً على الله عز وجل أن يكسوه ثوباً من جرب حتى تتساقط عروقه)). [ابن الجوزي في ((تلبيس الإبليس))، ((الضعيفة)) (6921)].
(Palsu)
Daripada Anas RA berkata: Baginda SAW bersabda : ((Barangsiapa yang memakai baju yang diperbuat daripada bulu biri-biri agar orang ramai mengenalinya, maka patutlah Allah s.w.t pakaikannya baju yang diperbuat daripada kurap sehingga luruh bersirat bebenang urat-uratnya.)).
[Riwayat Ibn al-Jawzi dalam Talbis al-Iblis. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6921].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.