Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang memakai pakaian berbulu untuk diperhatikan manusia nescaya Allah Azza wa Jalla berhak untuk memakaikannya pakaian yang kasar sehingga berguguran peluhnya

Teks Bahasa Arab

مَنْ لَبِسَ الصُّوفَ ليَعْرِفَهُ النَّاسُ، كَانَ حَقًّا عَلَى اللّهِ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ يَكْسِوَهُ ثَوْبًا مِنْ جَرَبٍ حَتَّى تَتَسَاقَطَ عُرُوقُهُ.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang memakai pakaian berbulu untuk diperhatikan manusia nescaya Allah Azza wa Jalla berhak untuk memakaikannya pakaian yang kasar sehingga berguguran peluhnya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1649, hadis no. 8335. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((من لبس الصوف ليعرفه الناس؛ كان حقاً على الله عز وجل أن يكسوه ثوباً من جرب حتى تتساقط عروقه)). [ابن الجوزي في ((تلبيس الإبليس))، ((الضعيفة)) (6921)].

(Palsu) Daripada Anas RA berkata: Baginda SAW bersabda : ((Barang siapa yang memakai pakaian berbulu untuk diperhatikan manusia nescaya Allah Azza wa Jalla berhak untuk memakaikannya pakaian yang kasar sehingga berguguran peluhnya)). [Riwayat Ibn al-Jawzi dalam Talbis al-Iblis. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6921].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.