Barang siapa yang melihat kepada kemaluan wanita yang tidak dihalalkan baginya

TEKS BAHASA ARAB

من نظر إلى فرج امرأة؛ لم تحل له أمها ولا ابنتها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang melihat kepada kemaluan wanita yang tidak dihalalkan baginya, maka tidak dihalalkan baginya untuk menikahi ibunya ataupun anak perempuannya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 963, hadis nombor 4971. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي هانئ قال، قال رسول الله ﷺ: ((من نظر إلى فرج امرأة لم تحل له أمها ولا ابنتها)).
[ش، ((الضعيفة)) 6110].

(Munkar)
Daripada Abu Hani’ dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Barang siapa yang melihat kepada kemaluan wanita yang tidak dihalalkan baginya, maka tidak dihalalkan baginya untuk menikahi ibunya ataupun anak perempuannya.
[Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6110].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs