Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من نظرَ إلى فرجِ امرأةٍ ؛ لم تحلَّ لَهُ أمُّها ولاَ ابنتُها.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang melihat kepada kemaluan wanita yang tidak dihalalkan baginya, maka tidak dihalalkan baginya untuk menikahi ibunya ataupun anak perempuannya.
Sahabat Perawi
- Abu Hani’
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 963, hadis no. 4971. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هانئ قال، قال رسول الله ﷺ: ((من نظر إلى فرج امرأة لم تحل له أمها ولا ابنتها)). [ش، ((الضعيفة)) 6110].
(Munkar) Daripada Abu Hani’ dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Barang siapa yang melihat kepada kemaluan wanita yang tidak dihalalkan baginya, maka tidak dihalalkan baginya untuk menikahi ibunya ataupun anak perempuannya. [Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6110].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman