Barang siapa yang melalui perkuburan lalu membaca surah al-Ikhlas sebanyak sebelas kali

TEKS BAHASA ARAB

من مر بالمقابر فقرأ {قل هو الله أحد} إحدى عشرة مرة ثم وهب أجره للأموات، أعطي من الأجر بعدد الأموات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang melalui perkuburan lalu membaca surah al-Ikhlas sebanyak sebelas kali, kemudian dia menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang yang telah mati, maka dia diberikan ganjaran sebanyak jumlah orang-orang yang telah mati itu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1725, hadis nombor 8674. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي -رضي الله عنه-، مرفوعا: ((من مر بالمقابر فقرأ {قل هو الله أحد} إحدى عشرة مرة ثم وهب أجره للأموات، أعطي من الأجر بعدد الأموات.)) [الخلال في ((فضائل الإخلاص))، فر، ((الضعيفة)) (1290، 3277)].

(Palsu)
Daripada Ali RA, secara marfu’ -disandarkan kepada Nabi SAW: ((Barang siapa yang melalui perkuburan lalu membaca surah al-Ikhlas sebanyak sebelas kali, kemudian dia menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang yang telah mati, maka dia diberikan ganjaran sebanyak jumlah orang-orang yang telah mati itu.))
[Riwayat al-Khalal dalam Fadh'ail al-Ikhlas dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1290, 3277].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs