TEKS BAHASA ARAB
من طاف بهذا البيت أسبوعا، وصلى حلف المقام ركعتين، وشرب من ماء زمزم، غفرت له ذنوبه بالغة ما بلغت.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang melakukan tawaf di rumah ini (Kaabah) selama seminggu, solat dua rakaat di belakang Makam Nabi Ibrahim dan minum air zamzam, nescaya akan diampunkan baginya dosa-dosanya setahap mana sekalipun ia sampai.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 429, hadis nombor 2311. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «من طاف بهذا البيت أسبوعا، وصلى حلف المقام ركعتين، وشرب من ماء زمزم، غفرت له ذنوبه بالغة ما بلغت». [الواحدي في «تفسيره»، الجندي في «فضائل مكة»، «الضعيفة» (6016)].
(Lemah) Daripada Jabir RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Barang siapa yang melakukan tawaf di rumah ini (Kaabah) selama seminggu, solat dua rakaat di belakang Makam Nabi Ibrahim dan minum air zamzam, nescaya akan diampunkan baginya dosa-dosanya setahap mana sekalipun ia sampai. [Riwayat al-Wahidi dalam Tafsirnya dan al-Jundi dalam Fadha'il Makkah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6016].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.