Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ ضَحَّى طَيِّبةً بِهَا نَفْسُهُ، مُحْتَسِبًا لِأُضْحِيَّتِهِ، كَانَتْ لَهُ حِجَابًا مِنَ النَّارِ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang melaksanakan ibadah korban dengan keredaan jiwa dan mengharapkan ganjaran dengan binatang korbannya, nescaya ia akan menjadi penghadang untuknya daripada api neraka.
Sahabat Perawi
- al-Hasan bin Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 389, hadis no. 2072. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الحسن بن علي - رضي الله عنهما - مرفوعا: «مَنْ ضَحَّى طَيِّبةً بِهَا نَفْسُهُ، مُحْتَسِبًا لِأُضْحِيَّتِهِ، كَانَتْ لَهُ حِجَابًا مِنَ النَّارِ». [طب، «الضعيفة» (529)].
(Palsu) Daripada al-Hasan bin Ali RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Barang siapa yang melaksanakan ibadah korban dengan keredaan jiwa dan mengharapkan ganjaran dengan binatang korbannya, nescaya ia akan menjadi penghadang untuknya daripada api neraka". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 529].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman