Barang siapa yang mati tanpa wasiat, maka dia tidak diizinkan untuk bercakap sehingga hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

من مات على غير وصية؛ لم يؤذن له في الكلام إلى يوم القيامة؛ قالوا: يا رسول الله! أَوَيتكلمون قبل يوم القيامة؟! قال: نعم؛ ويزور بعضهم بعضاً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mati tanpa membuat wasiat, maka dia tidak diizinkan untuk bercakap sehingga hari kiamat. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah mereka bercakap-cakap sebelum hari kiamat? Baginda berkata: Ya, bahkan mereka juga saling ziarah menziarahi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1747, hadis nombor 8809. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا :((من مات على غير وصية؛ لم يؤذن له في الكلام إلى يوم القيامة))؛ قالوا: يا رسول الله! أَوَيتكلمون قبل يوم القيامة؟! قال: ((نعم؛ ويزور بعضهم بعضاً)). [أبو عمر بن منده في ((أحاديثه))،((الضعيفة)) (4658)].

[Lemah] Daripada Jabir RA secara marfu’: disandarkan kepada Nabi SAW: ((Barang siapa yang mati tanpa membuat wasiat, maka dia tidak diizinkan untuk bercakap sehingga hari kiamat.)) Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah! Adakah mereka bercakap-cakap sebelum hari kiamat?" Baginda berkata: ((Ya, bahkan mereka juga saling ziarah menziarahi.))
Riwayat Abu Umar bin Mandah dalam hadithnya

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs