Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من ماتَ على غيرِ وصيةٍ ؛ لم يُؤذنْ لهُ في الكلامِ إلى يومِ القيامةِ ؛ قالوا : يا رسولَ اللهِ ! أَوَيتكلمونَ قبل يومِ القيامةِ ؟ ! قال : نعَم؛ ويزورُ بعضُهم بعضًا.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang mati tanpa membuat wasiat, maka dia tidak diizinkan untuk bercakap sehingga hari kiamat. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah mereka bercakap-cakap sebelum hari kiamat? Baginda berkata: Ya, bahkan mereka juga saling ziarah menziarahi.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1747, hadis no. 8809. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا :((من مات على غير وصية؛ لم يؤذن له في الكلام إلى يوم القيامة))؛ قالوا: يا رسول الله! أَوَيتكلمون قبل يوم القيامة؟! قال: ((نعم؛ ويزور بعضهم بعضاً)). [أبو عمر بن منده في ((أحاديثه))،((الضعيفة)) (4658)].
(Lemah) Daripada Jabir RA secara marfu': disandarkan kepada Nabi SAW: ((Barang siapa yang mati tanpa membuat wasiat, maka dia tidak diizinkan untuk bercakap sehingga hari kiamat.)) Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah! Adakah mereka bercakap-cakap sebelum hari kiamat?" Baginda berkata: ((Ya, bahkan mereka juga saling ziarah menziarahi.)) Riwayat Abu Umar bin Mandah dalam hadithnya
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman