Barang siapa yang mati maka telah bermulalah kiamat baginya

TEKS BAHASA ARAB

من مات فقد قامت قيامته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mati maka telah bermulalah kiamat baginya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1724, hadis nombor 8673. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه-، مرفوعا: ((من مات فقد قامت قيامتُه.)) [ابن أبي الدنيا في كتاب ((الموت))، ((الضعيفة)) (1166)].

(Lemah)
Daripada Anas RA, secara marfu’- disandarkan kepada Nabi SAW: ((Barang siapa yang mati maka telah bermulalah kiamat baginya.))
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam kitab al-Maut. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1166].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.