Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من مات فقد قامت قيامتُه.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang mati maka telah bermulalah kiamat baginya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1724, hadis no. 8673. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه-، مرفوعا: ((من مات فقد قامت قيامتُه.)) [ابن أبي الدنيا في كتاب ((الموت))، ((الضعيفة)) (1166)].
(Lemah) Daripada Anas RA, secara marfu'- disandarkan kepada Nabi SAW: ((Barang siapa yang mati maka telah bermulalah kiamat baginya.)) [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam kitab al-Maut. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1166].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman