Barang siapa yang mati disebabkan sakit maka dia akan mati syahid

TEKS BAHASA ARAB

من مات مريضاً مات شهيداً، ووقي فتنة القبر، وغدي وريح عليه برزقه من الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mati dalam keadaan sakit maka dia akan mati syahid, diselamatkan daripada fitnah kubur dan akan diperlihatkan rezekinya dari syurga pagi dan petang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1748, hadis nombor 8811. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من مات مريضاً مات شهيداً، ووقي فتنة القبر، وغدي وريح عليه برزقه من الجنة.)) [هـ، عد، القطعي في ((قطعة من حديثه))، الحاكم في ((علوم الحديث))، ابن عساكر، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (4661) ].

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Barang siapa yang mati dalam keadaan sakit maka dia akan mati syahid, diselamatkan daripada fitnah kubur dan akan diperlihatkan rezekinya dari syurga pagi dan petang.))
[Riwayat Ibn Majah, Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil , al-Qati’iy dalam sebahagian hadithnya, al-Hakim dalam ‘Ulum al-Hadith, Ibn Asakir dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4661].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs