Barang siapa yang mati di Baitul Maqdis, seakan-akan dia mati di langit

TEKS BAHASA ARAB

من مات في بيت المقدس؛ فكأنما مات في السماء

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mati di Baitul Maqdis, seakan-akan dia mati di langit.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1760, hadis nombor 8865. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((من مات في بيت المقدس؛ فكأنما مات في السماء.)) [البزار،ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5847)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang mati di Baitul Maqdis, seakan-akan dia mati di langit.))
[Riwayat al-Bazzar dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5847].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.