Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ ماتَ في طريقِ مَكَّةَ، لم يعرِضْهُ اللهُ عزَّ وجلَّ يومَ القيامةِ ولم يحاسِبْهُ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang mati dalam perjalanan ke Makkah, tidak akan dibentangkan baginya (amalannya) oleh Allah pada hari kiamat dan dia tidak akan dihisab.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1732, hadis no. 8716. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر به مرفوعا: (من مات في طريق مكة، لم يعرضه الله عز وجل يوم القيامة ولم يحاسبه). [الحارث، ابن عدي، ابن الجوزي، الأصبحاني، ((الضعيفة)) (2804)]
(Palsu) Daripada Jabir RA dengannya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barang siapa yang mati dalam perjalanan ke Makkah, tidak akan dibentangkan baginya (amalannya) oleh Allah pada hari kiamat dan dia tidak akan dihisab.” [Riwayat al-Harith, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, Ibn al-Jawzi, Al-Ashbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2804]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman