Barang siapa yang mati dalam kalangan umatku yang beramal dengan amalan kaum Lut

TEKS BAHASA ARAB

من مات من أمتي يعمل عمل قوم لوط؛ نقله الله إليهم حتى يحشر معهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mati dalam kalangan umatku yang beramal dengan amalan kaum Lut, Allah akan memindahkannya kepada mereka sehingga dibangkitkan bersama mereka

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1748, hadis nombor 8812. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من مات من أمتي يعمل عمل قوم لوط؛ نقله الله إليهم حتى يحشر معهم.)) [خط، ((الضعيفة)) (4662)].

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’: ((Barang siapa yang mati dalam kalangan umatku yang beramal dengan amalan kaum Lut, Allah akan memindahkannya kepada mereka sehingga dibangkitkan bersama mereka.))
[Riwayat al-Khatib dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4662].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs