Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من مات من أمتي يعملُ عملَ قومِ لُوطٍ؛ نقله اللهُ إليهم حتى يُحْشَرَ معهم.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang mati dalam kalangan umatku yang beramal dengan amalan kaum Lut, Allah akan memindahkannya kepada mereka sehingga dibangkitkan bersama mereka
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1748, hadis no. 8812. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من مات من أمتي يعمل عمل قوم لوط؛ نقله الله إليهم حتى يحشر معهم.)) [خط، ((الضعيفة)) (4662)].
(Sangat Lemah) Daripada Anas RA secara marfu': ((Barang siapa yang mati dalam kalangan umatku yang beramal dengan amalan kaum Lut, Allah akan memindahkannya kepada mereka sehingga dibangkitkan bersama mereka.)) [Riwayat al-Khatib dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4662].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman