Barang siapa yang masuk ke dalam bulan Ramadhan dalam keadaan dia masih mempunyai hutang puasa

TEKS BAHASA ARAB

من أدرك رمضان، وعليه من رمضان شيء لم يقضه، لم يتقبل منه، ومن صام تطوعا وعليه من رمضان شيء لم يقضه، فإنه لا يتقبل منه حتى يصومه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang masuk ke dalam bulan Ramadhan dalam keadaan dia masih mempunyai hutang puasa Ramadhan yang belum digantinya, maka tidak akan diterima daripadanya Ramadhannya itu. Barang siapa yang berpuasa sunat, sedangkan dia masih mempunyai hutang puasa Ramadhan yang belum diganti, maka tidak akan diterima daripanya puasa sunatnya itu sehinggalah dia selesai mengganti puasa fardhunya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1130, hadis nombor 5701. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه- عن رسول الله ﷺ: «من أدرك رمضان، وعليه من رمضان شيء لم يقضه، لم يتقبل منه، ومن صام تطوعا وعليه من رمضان شيء لم يقضه، فإنه لا يتقبل منه حتى يصومه».
[حم، طس – الشطر الأول منه -، «الضعيفة» (838)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW: "Barang siapa yang masuk ke dalam bulan Ramadhan dalam keadaan dia masih mempunyai hutang puasa Ramadhan yang belum digantinya, maka tidak akan diterima daripadanya Ramadhannya itu. Barang siapa yang berpuasa sunat, sedangkan dia masih mempunyai hutang puasa Ramadhan yang belum diganti, maka tidak akan diterima daripanya puasa sunatnya itu sehinggalah dia selesai mengganti puasa fardhunya.
[Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad dan al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 838].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs