Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن أَدْرَكَ رمضانَ، وعليه من رمضانَ شيءٌ لم يَقْضِهِ، لم يُتَقَبَّلْ منه، ومَن صام تَطَوُّعًا وعليه من رمضانَ شيءٌ لم يَقْضِهِ، فإنه لا يُتَقَبَّلُ منه حتى يصومَه.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang masuk ke dalam bulan Ramadhan dalam keadaan dia masih mempunyai hutang puasa Ramadhan yang belum digantinya, maka tidak akan diterima daripadanya Ramadhannya itu. Barang siapa yang berpuasa sunat, sedangkan dia masih mempunyai hutang puasa Ramadhan yang belum diganti, maka tidak akan diterima daripanya puasa sunatnya itu sehinggalah dia selesai mengganti puasa fardhunya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1130, hadis no. 5701. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- عن رسول الله ﷺ: «من أدرك رمضان، وعليه من رمضان شيء لم يقضه، لم يتقبل منه، ومن صام تطوعا وعليه من رمضان شيء لم يقضه، فإنه لا يتقبل منه حتى يصومه». [حم، طس - الشطر الأول منه -، «الضعيفة» (838)].
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW: "Barang siapa yang masuk ke dalam bulan Ramadhan dalam keadaan dia masih mempunyai hutang puasa Ramadhan yang belum digantinya, maka tidak akan diterima daripadanya Ramadhannya itu. Barang siapa yang berpuasa sunat, sedangkan dia masih mempunyai hutang puasa Ramadhan yang belum diganti, maka tidak akan diterima daripanya puasa sunatnya itu sehinggalah dia selesai mengganti puasa fardhunya. [Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad dan al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 838].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman