TEKS BAHASA ARAB
من اغتسل يوم عاشوراء لم يمرض ذلك العام
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang mandi pada hari Asyura maka dia tidak akan jatuh sakit pada tahun tersebut.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 75, hadis nombor 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ومن الأحاديث الموضوعة الحديث الطويل الذي فيه: "من اغتسل يوم عاشوراء لم يمرض ذلك العام".
Antara hadis palsu juga ialah hadis yang panjang yang (disebutkan) padanya: "Barang siapa yang mandi pada hari Asyura maka dia tidak akan jatuh sakit pada tahun tersebut".
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.