Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن أَكلَ معَ مَغْفورٍ لَهُ؛ غُفِرَ لَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang makan bersama orang yang diampuni, nescaya dia juga akan diampuni.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 387, hadis no. 2057. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(كذب لا أصل له) «مَن أَكلَ معَ مَغْفورٍ لَهُ؛ غُفِرَ لَهُ». [«الضعيفة» (315)].
(Dusta Tiada Asal Baginya) "Barang siapa yang makan bersama orang yang diampuni, nescaya dia juga akan diampuni".[Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 315].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman