Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa yang makan apa yang ada di bawah hidangannya, nescaya dia akan terselamat daripada kefakiran

Teks Bahasa Arab

مَنْ أَكَلَ مِمَا تَحْتَ مَائِدَتِهِ؛ أَمِنَ مِنَ الفَقْرِ.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang makan apa yang ada di bawah hidangannya, nescaya dia akan terselamat daripada kefakiran.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 423, hadis no. 2278. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن هدبة، قال: حضرت غداء أمير المؤمنين المأمون، فلما رفع المائدة؛ جعلت ألتقط ما في الأرض، فنظر إلي المأمون فقال: أيها الشيخ! أما شبعت؟ فقلت: نعم يا أمير المؤمنين! إنما شبعت في فنائك وكنفك؛ ولكني حدثني حماد بن سلمة عن ثابت البناني عن أنس بن مالك، قال: سمعت النبي ﷺ يقول: «من أكل مما تحت مائدته؛ أمن من الفقر».. فأشار إلى خادم له، فجاء، وناولني بدرة فيها ألف دينار، فقلت: يا أمير المؤمنين وهذا من ذلك. [أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، «الضعيفة» (5721)].

(Munkar) Daripada Hudbah, beliau berkata: Aku menghadiri majlis makan tengahari amirulmukminin al-Ma’mun. Tatkala hidangan sudah dialihkan, aku mula mengutip apa yang berada di atas lantai, lalu al-Ma’mun memandang kepadaku lantas bersabda: "Wahai syeikh, adakah kamu belum kenyang?" Aku menjawab: "Ya wahai amirulmukminin, hanya sanya aku sudah pun kenyang berada di dalam halamanmu dan jagaanmu. Akan tetapi Hammad bin Salamah menceritakan kepadaku, daripada Thabit al-Bunani, daripada Anas bin Malik, beliau berkata: Aku mendengar Nabi ﷺ bersabda: "Barang siapa yang makan apa yang ada di bawah hidangannya, nescaya dia akan terselamat daripada kefakiran." Al-Ma’mun lantas memberi isyarat kepada seorang khadamnya lalu dia datang dan memberiku kantung yang mengandungi seribu dinar. Aku pun berkata: "Wahai amirulmukminin, ini termasuk yang demikian tadi". [Riwayat Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5721].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.