Barang siapa yang mahu bertemu Allah dalam keadaan suci

TEKS BAHASA ARAB

من أراد أن يلقى الله طاهرا مطهرا فليتزوج الحرائر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mahu bertemu Allah dalam keadaan suci lagi menyucikan, maka hendaklah dia berkahwin dengan wanita yang merdeka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 921, hadis nombor 4725. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من أراد أن يلقى الله طاهرا مطهرا فليتزوج الحرائر)).
[ه، عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1417)].

(Lemah)
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang mahu bertemu Allah dalam keadaan suci lagi menyucikan, maka hendaklah dia berkahwin dengan wanita yang merdeka.
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunan beliau, Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Du’afaa, dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1417].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.